Sunday, April 25, 2010

Kreativiti ; muzik

Kepentingan Muzik untuk Perkembangan Kanak-Kanak

Aktiviti muzik dapat membantu menggalakkan perkembangan sosioemosi, kognitif, fizikal dan kreativiti kanak-kanak.

Perkembangan Sosioemosi
Penyertaan dalam kumpulan. Menyanyi dan menari bersama rakan-rakan lain.
Meluahkan perasaan marah,takut, gembira dan sebagainya.
Membina disiplin diri misalnya ketika menunggu giliran.
Meningkatkan konsep kendiri dengan berkongsi bersama rakan

Perkembangan Kognitif
Belajar berkenaan konsep muzik seperti pic, rima dan rentak.
Kemahiran membezakan nada bunyi tinggi dan rendah.
Bahasa mengembangkan perbendaharaan kata.
Meningkatkan daya pendengaran

Perkembangan Fizikal
Meningkatkan kemahiran motor
Menggalakkan koordinasi anggota badan, mata dan tangan
Meningkatkan kemahiran motor halus misalnya dengan pergerakan jejari dan menggunakan alat muzik tertentu.

Perkembangan Kreatif
Meningkatkan kreativiti dan imaginasi dengan memberi maklum balas kepada muzik dan pergerakan.

Nyanyian
Nyanyian adalah salah satu cara yang paling semula jadi untuk kanak-kanak membuat muzik. Suara adalah alat muzik peribadi kanak-kanak di mana mereka dapat menggunakannya bagi meluahkan perasaan mereka melalui nyanyian. Semasa memilih lagu kanak-kanak, pada awalnya pilih lagu yang mengandungi banyak ulangan lirik serta melodi supaya senang diterap. Padanan lagu dengan pergerakan, drama ataupun mainan yang sesuai kerana ianya dapat menambahkan minat terhadap lagu tersebut.

No comments:

Post a Comment